Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 17, 2013

selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar piey.
hari ini adalah tahun pertama menyambut hari guru secara rasminya.
sebelum ni selalu sambut hari guru untuk guru-guru & pensyarah.
kalau sambut kat sekolah pun sebagai guru pelatih.

Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
kami kat SK Pandan sambut dengan sederhana saja.
tak jemput ibu bapa dan YDP PIBG sebab kalau boleh kami nak buat majlis yang ala kadar saja.

sebagai AJK Persembahan & Sukaneka, piey dah buat persediaan dari minggu lepas lagi.
buat latihan persembahan Boria dan menguruskan hal-hal untuk sukaneka.

pagi tadi kami mulakan pada pukul 8 pagi.
tentatif program
kek sponsor dari MAHYUN
ada 5 biji kek sponsor dari ibu bapa.. dan 1 lagi dari staff..
Alhamdulillah rezeki untuk dikongsi dengan semua murid-murid..

budak2 tahun 1 hingga 3 di sebelah kiri padang

aktiviti melontar belon berisi air

fashion show guru menggunakan bahan terpakai.

sukaneka dapat nombor 3..dari 4 kumpulan hehe..
nasib baik bukan last :p

hadiah dari murid-murid, staf & yang besar tu hadiah pertukaran dari guru-guru
dapat kak izzah punya :)

seronok dan rasa dihargai bila tengok budak datang salam dan ucap selamat hari guru.
rasa terharu bila mereka bagi hadiah.
tak mengharapkan hadiah sebenarnya.
sebab tahu macamna kemampuan budak-budak di kawasan luar bandar.
cukup sekadar salam dan ucapan terima kasih dan buat piey rasa senang & nyaman :)

bukan nak membangga2 kan profession sendiri..
tapi sememangnya kalau bukan sebab guru kita takkan pandai membaca dan menulis kan?
so hargai lah jasa guru-guru kita.
tapi jangan pernah lupa, guru yang paling terbaik adalah ibu & bapa kita.

profesion ini adalah "rice cooker" piey..
jadi insyaAllah piey akan menunaikan tanggungjawab dan tugas piey dengan sebaik-baiknya.
kerna pekerjaan itu adalah satu ibadah,, :)

love, ^^, piey

0 comments:

Related Posts with Thumbnails