Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label INTERIM. Show all posts
Showing posts with label INTERIM. Show all posts

Monday, May 20, 2013

 *monday blues*

hari ni kami buat latihan kecemasan..
maklum laa.. mood cuti sudah menguasai..
jadi kena buat sesuatu yang boleh meningkatkan semangat 

memandangkan rabu ni pasukan bomba datang nak buat fire drill, 
jadi kami pun buat la latihan supaya budak2 tak terkejut sangat semasa abang2 bomba datang nanti..
bila abang bomba tanya2 kat budak dapatla mereka nak menjawab kan.. hehe :)

lepas cikgu zul pasang siren kuat2, 
semua budak pun berlari-lari ke padang bola jaring..

kalau ikut taklimat hari tu sepatutnya kat padang bola.
tapi ada halangan(titi) pula sepanjang perjalanan nak ke padang bola.
nanti sebab berebut nak lari tergolek2 pula budak jatuh :P

pandangan dari bilik guru

 budak2 berkumpul di padang bola jaring.
berhadapan dengan asrama perempuan

murid tahun 2
mengadu kepanasan..tengok ada yang berkaki ayam.
mesti sebab tak sempat nak pasang kasut ni..

murid2 pra sekolah pun ikut sekali.
sebab panas sangat, mereka diarah berkumpul di bawah makmal komputer

cikgu zul memberi taklimat

rabu ni akan diadakan latihan kecemasan yang sebenar.
abang2 bomba akan bimbing budak2 mengikut prosedur yang sebenar..
tapi rabu ni piey tak da kat sekolah.
ada taklimat PPGB kat PPD bintulu..
huhu, tak dapat la nak join..

surat baru dapat pagi tadi..
*saya yang menurut perintah*
mudahan cepat abis.
dapat cepat2 sampai rumah :)

love, piey ^^,

Tuesday, May 7, 2013

Alhamdulillah..
akhirnya yang ditunggu sudah tiba.

seronoknya selepas menunggu berita hampir 2 bulan..
lagi2 pula kerani janji JUN..
Alhamdulillah dapat awal dari yang dijanjikan..

sedih juga sebab kawan2 lain dah dapat lebih awal..
tapi tak sangka juga dapat bulan ni..
boleh guna untuk belanja konvo..
yahoooo~~!

gaji pertama ni..
mudahan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.. :)
insyaAllah


mesej yang membawa berita gembira..

senyum seminggu :)

luve, piey ^^,

Friday, March 8, 2013

INTERIM :)

Alhamdulillah..
semalam dah keluar keputusan sekolah2 tempat interim Sabah Sarawak..

akhirnya berbaloi juga penantian selama hmpir 5 bln..
senarai nama interim boleh diketahui dengan menelefon ke JPN Sabah dan Sarawak.

dan sekolah bakal tempat piey berkhidmat ialah SK PANDAN..
Alhmdulillah dapat tempat yang dekat dengan rumah.
masa perjalanan lebih kurang 15 minit, kemudian naik perahu ke seberang dalam 5 minit..

jadi, mulai hari dan seterusnya, beginilah perjalanan hari2 piey ke sekolah.
tadi mendaftar di PPD Sebauh dulu, lepas tu terus melapor diri ke sekolah..

hehe..sekian saja berita gembira dari piey.hehehehehe :)

luve, piey ^^,

;;
Related Posts with Thumbnails