Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label saya cikgu. Show all posts
Showing posts with label saya cikgu. Show all posts

Saturday, October 8, 2016


Hari Sukan Negara dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2016.
SK Sungai Sebungan pun tidak ketinggalan.
kami buat awal sehari iaitu pada 7 Oktober 2016
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

pendaftaran oleh cikgu zhu dan cikgu datz

taklimat dari cikgu musa

senamrobik

amboi cikgu musa kat tepi tu

sukaneka tahap 1 dan 2



persediaan untuk merentas desa.
hujan lebat pagi tadi jadi buat lewat sikit


murid semua dah habis lari. masa untuk ambil gambar. yayy

Friday, September 30, 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah kami jalankan 
bermula awal bulan ogos haritu.
Alhamdulillah telah selesai ditutup pada pertengahan bulan September.

Banyak pertandingan yang telah dijalankan termasuklah
*deklamasi sajak
*berbalas pantun
*pertandingan mewarna
*pertandingan melukis poster
*nyanyian patriotik
*peragaan pakaian beragam






Alhamdulillah semua murid dan ibubapa memberi kerjasama yang terbaik.
tahun depan kita jumpa lagi ya ^^.

Tuesday, December 15, 2015


sumber dari FB..
halalkan ye tuan punya gambar..hehe

Friday, October 23, 2015





Takwim dah keluar. boleh la merancang untuk cuti-cuti tahun hadapan


Kumpulan B

Kumpulan A

sumber dari FB.

semoga bermanfaat ^^.

Wednesday, September 30, 2015

Syukur ya Allah..
masih bernafas di umur 26 tahun..
tahun pertama sebagai isteri dan sebagai bakal ibu..

terima kasih mamak sebab melahirkan piey..
terima kasih mak sebab melahirkan suami yang baik untuk piey..
terima kasih ayah abang2 dan kakak2 ipar..
terima kasih kawan2 yang sangat baik..

Alhamdulillah..
beruntung hidup dikelilingi oleh kalian ^^.






gadis2 sk sungai sebungan..
kebetulan pulak arini kitorang ajk bertugas untuk 
majlis sukan pribumi..
tu yang boleh kua makan luar kejap..
heheh..
syukur..
rasa sangat disayangi..


Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru warga Sk Sg Sebungan
Tahun ni kitorang tema "Back To School"

piey guna baju sekolah masa sekola menengah dulu..
nasib baik ada simpan lagi. heheh

jum kita selfie dulu..


heheh..seronok je bila semua sporting



cikgu-cikgu lama pun layan je karenah kitorang

tengah tengok budak buat persembahan..
heheh..macam betul2 budak sekola pulak kan..
GB tak join masa ni..
kebetulan pulak ada taklimat kat PPD
takpa..lain kali kita ajak lagi guna tema ni..
sebelum pencen ya GB..hehe

kek kami..
biasa kitorang bagi budak2 je makan..
sebab budak tak ramai.
besar ni cukup untuk semua murid..

geng2 cikgu otai dan baru

sempat lagi bergambar kat backdrop



antara aktiviti yang kitorang buat..
tarik upih kelapa..
sampai terjatuh sebab Cikgu Martin berat sangat..heheh

ni dah tak nampak sebab cikgu Atam kecik je..

kumpulan piey dapat nombor 2..
tengok tu bsungguh budak2 sokong cikgu2 nya..

syukur Alhamdulillah..
sambutan tahun ni sangat menyeronokkan..


Friday, January 30, 2015

Yeay!!!
Akhirnya dah dapat pengesahan jawatan..
Alhamdulillah..
walaupun sedikit lewat dari rakan2 yang lain 
tapi sekurang-skurangnya dah selesai..
so tak perlu risau lagi sekarang..
cuma perlu tunggu surat pengesahan sampai je lagi..

tahun depan bila dah genap 3 tahun
kena tunggu surat taraf berpencen pulak..
pastu baru la boleh buat pilihan 
sama ada nak ambik pencen
atau kwsp..
tapi kitorang wajib ambik pencen..
hehehe..baik boss!

sapa2 yang nak semak status pengesahan lantikan
dan pengesahan jawatan bolehlah
klik link kat bawah ni ye

http://anggerik.spp.gov.my:7777/spdmonline/spdm_online/semakan_urusan.jsp



Sunday, November 16, 2014

Demam Campak


Bismillahirrahmanirrahimm..

Prasekolah Rh Amit diserang penyakit demam campak..
huhuh..cikgu dia pun dah kena demam teruk..

tadi piey dah check semua budak2..
siapa yang ada tanda2 semua dianta balik ke rumah..
total yang terjangkit 14/18 orang...
masa check tadi semua kawan2 risau piey terjangkit..
siap ada budak yang lari2 peluk piey lagi..
heheh..tp insyaAllah piey ok..
mudahan piey sihat sehingga hari bahagia..hehehe..
nampaknya hari ni terakhir diorang sekolah untuk tahun ni..

selamat bercuti ye anak2 prasekolah )

Assalamualaikumm..
Jadual Pembayaran Gaji 2015 untuk kakitangan awam sudah keluar..
hehe..harap2 yang ni sahih la ye..
tapi kalau tak sahih jangan salahkn kita tau..hehehe..

Februari, Julai, ngan September kena pandai2 urus gaji tau..
hehe, selamat menguruskan kewangan!!!


Tuesday, November 4, 2014

Alhamdulillah selesai sudah MSSR Daerah Sebauh 2014 
pada 1 hingga 2 Nov lepas..
MSSR Daerah Sebauh melibatkan 13 buah sekolah.
Kebanyakan sekolah menghantar ramai atlet..
sekolah kitorang pulak anta 9 orang je..
sekolah kecik kan..hehe

masa MSSR tu piey dilantik jadi pegawai penyelia peserta.
jadi piey kena uruskan semua peserta dulu sebelum dihantar ke port masing-masing..


atlet2 yang tengah menunggu giliran untuk dihantar ke port masing-masing

hari pertama lepas sukan kitorang bawak main2 kat pantai


gadis2 sebungan dan genaan


acara terakhir 4X200 11 tahun ke bawah

acara penutupan.
kami dapat nombor 12..
hehhe..dari 13 buah sekolah..nasib baik bukan 13..

tak pa,,usaha tangga kejayaan..thn depan kitorang usaha lagi nombor 11 pulak..hehe..

Sunday, August 10, 2014


Alhamdulillah selesai sudah Sukaneka PIBG & Malam Mesra PIBG.
berlangsung selama 1 hari pada 9 Ogos 2014.
bertempat di ruai dan perkarangan Rh. Anita, Ulu Sg Sebungan

ni antara hamper sumbangan guru, staff dan ibupa

banner yang dihasilkan

persiapan untuk persembahan tarian




Sukaneka

Majlis Malam Mesra PIBG di ruai Rh Anita

semoga aktiviti ini berjaya mencapai tujuan dan objektifnya..hehe

;;
Related Posts with Thumbnails