Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label my diary. Show all posts
Showing posts with label my diary. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Alhamdulillah. 

Fasa ke dua pula.
Mari kita lihat progres seterusnya.
Semoga dipermudahkan semua.

Sekarang pun tengah sarat mengandung anak kedua.






Monday, March 6, 2017

Entri pertama bagi tahun 2017
Alhamdulillah sejak pertengahan januari yang lepas
keluarga kecil kami dah start buat rumah sendiri

hehe..nak beli siap tak mampu 
memandangkan harga rumah sekarang ni yang melampau-lampau.

kami buat mini banglo mampu milik dulu.
bajet dalam 100k
kita tengok dulu nanti sampai mana bajet tu. hihi

Alhamdulillah bulan lepas duit KWSP kami laki bini dah masuk
so bolehlah tambah sikit2 kan

ok. tak nak cakap banyak.
jum kita tengok gambar fasa yang pertama dulu

fasa2 pailing. tambak dan tiang
piey xtau sangat bahasa2 pembinaan ni. hihi






insyaAllah tak lama lagi siap tau.
ni kita upload gambar fasa demi fasa dulu

Wednesday, September 30, 2015

Syukur ya Allah..
masih bernafas di umur 26 tahun..
tahun pertama sebagai isteri dan sebagai bakal ibu..

terima kasih mamak sebab melahirkan piey..
terima kasih mak sebab melahirkan suami yang baik untuk piey..
terima kasih ayah abang2 dan kakak2 ipar..
terima kasih kawan2 yang sangat baik..

Alhamdulillah..
beruntung hidup dikelilingi oleh kalian ^^.






gadis2 sk sungai sebungan..
kebetulan pulak arini kitorang ajk bertugas untuk 
majlis sukan pribumi..
tu yang boleh kua makan luar kejap..
heheh..
syukur..
rasa sangat disayangi..


Saturday, July 25, 2015

Alhamdulillah..
1st baby scan kami..
nampak dah si baby kecik kat dalam tu..

encik suami happy sangat..sangat2 happy ^^.

minggu depan kena g klinik pulak
buat buku pink..hehe



Friday, July 24, 2015

Alhamdulillah..
di hari Syawal ini piey dan suami mendapat 
anugerah yang tak ternilai.
Anugerah Syawal
syukur ya Allah..
kandungan piey dah berusia sebulan 4 hari.
syukur sangat2..
rezeki ramadhan..
rezeki syawal..
patutla asyik penat je raya ni tadi..

piey dh lewat period 4 hari masa ni. 
terus g cek.
kebetulan suami masih bercuti. ada kat umah
terus ajak suami sama2 g cek kat bilik..
Alhamdulillah..
semua tester terang sangat.
suami lah orang paling happy time ni..
terus ajak solat dan sujud syukur..
I Love U husband..
hadiah birthday untuk kitak taun tok ^^.

esok nak ajak suami g scan kat klinik..


Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa-doa hambaNya..
semoga kandungan piey selamat sehingga ke hujungnya..
Amin ya rabb Al-amin

Saturday, May 31, 2014

Alhamdulillah
majlis yang telah dirancang sejak tahun lepas akhirnya berjalan dengan lancar.

terima kasih yang tak terhingga buat sanak saudara dan sahabat handai.
syukur dapat keluarga yang sangat mendukung..

jutaan penghargaan kepada 
mak & ayah yg sponsor rumah ;p
abang2 yang menjadi sponsor pakaian, mekap, jamuan dan pelamin.
along & ibu yg sponsor muffin2.
cik dollah ngn ck lara yg sponsor air tebu dan jamuan
sang tunang yg sponsor barang hantaran
family tunang yg gagah mengharungi perjalanan yg jauh dari lundu ke sebauh
serta sahabat handai yang sudi datang bersama hadiah2..kikkiki

terima kasih banyak2

hehehe..feeling2 che ta pula dpt byk sponsor kn. hehehe
penghargaan ni, so kena la detail sikit kan.. ngeeee

last sekali,
macam biasa
sedikit tatapan mata buat kalian







terima kasih semua  ;)

Saturday, February 8, 2014

Assalamualaikum semua..
Bulan januari yang lepas kita masih lagi dalam kesejukan..
macam-macam yang kita dengar kat berita.
Indon dan sabah ada salji lah..macam2 kan.
kat sebauh pun sejuknya boleh tahan.
tak pasang kipas pun sepanjang bulan.
setiap pagi kaki rasa macam pijak ais.
tambahan pula ngan ujan yang tak berhenti bermula hujung bulan 12 aritu..
sampaikan banjir seluruh pekan sebauh.

tapi bila masuk ja 31hb januari.
hari dah mula panas.
walaupun panas berpanjangan, hujan ada la turun sikit.
sekarang musim panas atau kemarau dah pun bermula.
sampaikan minum air 3 liter pun tak cukup2 jugak.

kalau nak tahu,
musim panas macam ni lah musim udang-udang ramai.
sebab air dah mula kering.
jadi senang lah untuk menangkap udang-udang galah ni.
kat sebauh memang port udang.
orang-orang yang dari bandar semua lepak tepi sungai sebauh.
sama ada memancing ataupun menjala.
termasuklah piey, yang tak terlepas dari menJOINkan diri dengan aktiviti ini..hehhehe

jadi, entri hari ni piey nak cerita sikit pasal aktiviti piey menangkap udang pagi tadi.
piey bangun awal2 pagi, siapkan bekalan terus pegi ke pandan.
parking ja keta piey guna bot ke seberang.
ada la kawan piey bawa.
kami berdua ja. sama-sama perempuan..
macam steady pula takda laki dewasa yang teman..
tapi kami tetap gigih. (konon je tu)


alatan menjala dan bekalan makanan

kami pun mulakan perjalanan ke hulu sungai pandan.
semua persiapan sudah disediakan.
masa ni kawan piey yang mengemudi enjin bot.
piey pulak baling umpan-umpan ke tepi sungai.
umpan tu baja kelapa kering yang digaul dengan tanah kuning dan sedikit air.
kepal-kepal dan bulatkan.


ini dia umpan udang yang dah dibulat-bulatkan. 
dalam beg tu bekalan piey

selepas beberapa minit, kami datang balik ke tempat kami baling umpan tadi.
dan aktiviti menjala pun bermula.
kawan piey menjala dan kali ni piey pula mendayung.
tak pasang enjin sebab nak menjala kena pelan-pelan ja.

dan bila dah puas hati ngan hasil tangkapan, piey stat enjin dan kami pun balik.
tak lama, sampai tengahari ja.
tu pun hari dah panas gila.
muka dan tangan habis SUNburn..

taraaa! inilah hasil piey hari ni.
tengok muka pun dah merah tu..

InsyaAllah minggu depan nak gi lagi.
kalau tak da apa-apa urusan lain.
ujung minggu ja dapat. hari lain piey keja.

Alhamdulillah. hasil sungai dan hasil tangkapan sendiri memang sangat puas.
tambahan lagi balik rumah mak terus masakkan. 
memang fresh abis..sadap banget..hehhehehehheheheh..

Saturday, January 4, 2014


Musim hujan ini membuatkan ku merasa bosan dan kesunyian. Hanya ditemani bunyi hujan yang berjatuhan ke bumi. Ambooi amboi bahasa.. hehe. Harini hujan tak berhenti-henti pulak. Piey duduk depan laptop ja sambil berLINE ngan cinta hati. Sebab masih merasa sunyi, piey pun belek-belek lah "Photos Of You" kat FB piey. Lalu terpandanglah gambar-gambar sekolah yang kawan piey tag.

Ketawa kecil sekejap melihat gambar-gambar lama yang menggamit seribu kenangan.. hehehehehe.. Hampir terlupa rasanya akan wajah-wajah lucuku semasa di sekolah rendah dan menengah. Prasekolah atau tadika tak da ya, piey dulu terus masuk tahun 1. Kami adik-beradik semua tak masuk pra, takut bosan, awal sangat sekolah. Bak kata mak ayah la. hehe

Last sekali piey selitkan jugak gambar-gambar masa kat maktab. Tajuk pun dah gambar sekolah dulu-dulu kan. Kira dulu jugak la 2012 tu. hehe..jom layaannn..

SJK (C) Chung San Sebauh 2001

SMK Sebauh 2005

SMK Sebauh 2006

Natasha, Williemina, piey, Maylin Teo 2006


Maktab Perguruan Sarawak 2007

Institut Perguruan Sarawak, Miri 2008


Dewan, Muhibah, IPG Kampus Sarawak, Miri 2012

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri, 2012

SK Pandan Sebauh 2013

Dari seorang murid, pelajar, hinggalah menjadi seorang guru. Gambar terakhir ni piey jadi guru kelas Tahun 2 SK Pandan Sebauh. Posting yang pertama akan diingat sampai bila-bila. Walaupun tak sampai 6 bulan dah dipindahkan, sekolah ini tetap akan menjadi kenangan indah. Sekolah sekarang SK Sg Sebungan pula akan jadi sekolah yang disayang sentiasa. :)

Semoga blog ini menjadi diari mayaku yang boleh anak-anak dan cucu-cucuku tatapi kelak.
Semoga apa yang dilakukan sepanjang hidup juga mendapat keberkatan. Amiinnn..

Sunday, December 22, 2013

Assalamualaikum.
macam biasa hujung tahun memang musim orang kawin.
hari ni piey g majlis kawin BFF piey sejak sek menengah lagi.

majlis ni diadakan serentak untuk 2 pasangan terus.
iaitu dia ngan adik bongsu dia, fauziah

21.12.2013 tarikh pernikahan cikPuan Reen.

piey xbanyak ambil gambar masa hari nikah.
jum kita tengok hari persandingan pula k.

canteknyerrr pengantin.

piey datang awal masa ni.
sebab piey jadi pengapit.
nanti lewat kelam kabut pula kan.

noreen dan adiknya fauziah.
masa nikah x sempat snap2 gambar yah. 
maklum kawan2 lain pun sibuk bergambar dengan pengantin.

sayang kan.
xtau pula arini xpat nak transfer gambar kat hp.

ketibaan kedua2 pengantin lelaki

2 pasangan di atas pelamin. 
aduuii, ada pulak muka piey menyebok kat situ. hehe

fauziah dan iswandi

noreen dan ismail

2 beradik bersama ngan mak ayahnya.

acara memotong kek



keluarga besar mereka. sebelah pengantin perempuan

macam biasa,
piey ngan shafik memang suka begambar.


suasana di ruang mengambil makanan.

gambar 22.12.2013 semua sumber dari FB.
hari ni hp piey meragam pulak.
dah la usb hilang entah ke mana.
mesti si meow bawa lari lg ni.heheh

ok lah..
Alhamdulillah,
selesai sudah majlis perkahwinan BFF piey, cikPuan Reen ngan adiknya.
semoga berbahagia hingga ke jannah.

lepas ni giliran piey pulak.
eiseh, konfiden betul. hahaha.
insyaAllah. kalau dah tiba masanya kan.
siapa xnak kawin kn.
apapun,
tunggu encik cinta datang meminang dulu..
cepat2 ye, encik cinta....
Amiiiin. :)

love, piey

;;
Related Posts with Thumbnails