Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, October 20, 2016

Bismillahirrahmannirrahim..
Hari ni hari ke 10 piey haid. Sepatutnya semalam dah habis tetapi piey hairan kenapa masih lagi haid. Yang peliknya ini kali pertama piey haid setitik 2 titik je. Berpanjangan selama 9 hari. Ok hari ini bersih lagi macam tak haid.
Sebab rasa tak senang hati piey g tanya kawan piey. Geng-geng ibu. Dia cakap mungkin mengandung. Piey memang yakin cakap tak. Dia paksa juga buat test air kencing. Naahhhh.. Lepas cek upt memang positif weiii. Neves pulak mak jemah kan. terus terdetik nak buat bacaan dari internet. Terbaca la pasal bunting pelanduk. Tapi yang penting piey kena g cek jugak kat klinik scan untuk kepastian. Takut pulak benda lain nanti kan.
Apa-apa pun piey harap yang terbaik untuk diri piey. Alhamdulillah kalau mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah. Mengembangkan lagi keluarga kecil kami. In Sha Allah. Tunggu free hujung minggu nanti piey g klinik. Doakan Piey ye.

Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.
Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.

Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.
Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.
Hormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.


Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.
Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil
Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:
  1. Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
  2. Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.
SUMBER:
http://www.1malaysianews.com/maksud-bunting-pelanduk-haid-ketika-hamil/



yang ni upt piey check. terang betul ni. hehe. mudah-mudahan ada aminn


Thursday, March 31, 2016

ALHAMDULILLAH..
LAHIR LAH ANAK KESAYANGAN PERTAMA KAMI..

12 MAC 2016
0420PM

ILMAN HAKEEM BIN MOHD. KHAIRUDDIN



SYUKUR YA ALLAH..
BERMULALAH CUTI BERSALIN BERSAMA SI KECIK KAMI

Saturday, November 21, 2015

Alhamdulillah..
kali ni piey nak share sikit perubahan yang agak ketara yang piey dapat rasa dari awal pregnant sehingga lah sekarang..

semenjak preggy kulit piey jadi lebih sensitif..
kulit muka tangan dan kaki semua nya kering dan terkupas.
bibir pun sama..
lepas tu piey sekarang tengah batuk2 kering..
huhu..misi cakap takda ubat..kena banyak minum air je..
pastu asyik mengantuk..
tengahari tido & malam konfem tido awal..
semakin kerap kencing berbanding sbelumnya..
kaki memang cramp malam2..
tapi sekarang macam dah kurang sikit..
semenjak husband ajar cara2 nak kawal cramp..

heheh..
setakat ni tu je lah rasanya..
jum tengok gambar pulak..
jantina dah tau..
ce teka..

doktor cakap baby cam muka piey..
hehe..part hidung agaknya..
masa scan tu baby siap senyum lagi..
semoga baby sihat ye..amiinnnn ya rabbb..








Monday, September 14, 2015


Yeay! Alhamdulillah..
nampak dah bentuk baby..
hehe..syukur Ya Allah..
mudahan sihat sampai ke hujungnya ^^.

Monday, August 3, 2015

Syukur Alhamdulillah..
minggu lepas piey dah buat buku pink..
buat kat Klinik Daerah Sebauh..

minggu ni pulak piey ada temujanji dengan Poliklinik Bintulu..
Scan untuk lihat kedudukan baby..
dah cek kat specialist sbenarnya..
tp yang ni untuk kepastian dari Poliklinik pulak..

ok..jum tengok 2nd scan baby piey..
tu yang kecik nampak dah..
tapi doktor soh datang lagi nanti..
sebab dia kata masih tak berapa nampak..


hehe..mudahan baby sihat sentiasa ya..
Aaaamiiinn

Saturday, July 25, 2015

Alhamdulillah..
1st baby scan kami..
nampak dah si baby kecik kat dalam tu..

encik suami happy sangat..sangat2 happy ^^.

minggu depan kena g klinik pulak
buat buku pink..hehe



Friday, July 24, 2015

Alhamdulillah..
di hari Syawal ini piey dan suami mendapat 
anugerah yang tak ternilai.
Anugerah Syawal
syukur ya Allah..
kandungan piey dah berusia sebulan 4 hari.
syukur sangat2..
rezeki ramadhan..
rezeki syawal..
patutla asyik penat je raya ni tadi..

piey dh lewat period 4 hari masa ni. 
terus g cek.
kebetulan suami masih bercuti. ada kat umah
terus ajak suami sama2 g cek kat bilik..
Alhamdulillah..
semua tester terang sangat.
suami lah orang paling happy time ni..
terus ajak solat dan sujud syukur..
I Love U husband..
hadiah birthday untuk kitak taun tok ^^.

esok nak ajak suami g scan kat klinik..


Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa-doa hambaNya..
semoga kandungan piey selamat sehingga ke hujungnya..
Amin ya rabb Al-amin

;;
Related Posts with Thumbnails