Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label perKAHWINan. Show all posts
Showing posts with label perKAHWINan. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

Alhamdulillah. 

Fasa ke dua pula.
Mari kita lihat progres seterusnya.
Semoga dipermudahkan semua.

Sekarang pun tengah sarat mengandung anak kedua.






Monday, March 6, 2017

Entri pertama bagi tahun 2017
Alhamdulillah sejak pertengahan januari yang lepas
keluarga kecil kami dah start buat rumah sendiri

hehe..nak beli siap tak mampu 
memandangkan harga rumah sekarang ni yang melampau-lampau.

kami buat mini banglo mampu milik dulu.
bajet dalam 100k
kita tengok dulu nanti sampai mana bajet tu. hihi

Alhamdulillah bulan lepas duit KWSP kami laki bini dah masuk
so bolehlah tambah sikit2 kan

ok. tak nak cakap banyak.
jum kita tengok gambar fasa yang pertama dulu

fasa2 pailing. tambak dan tiang
piey xtau sangat bahasa2 pembinaan ni. hihi






insyaAllah tak lama lagi siap tau.
ni kita upload gambar fasa demi fasa dulu

Thursday, October 20, 2016

Bismillahirrahmannirrahim..
Hari ni hari ke 10 piey haid. Sepatutnya semalam dah habis tetapi piey hairan kenapa masih lagi haid. Yang peliknya ini kali pertama piey haid setitik 2 titik je. Berpanjangan selama 9 hari. Ok hari ini bersih lagi macam tak haid.
Sebab rasa tak senang hati piey g tanya kawan piey. Geng-geng ibu. Dia cakap mungkin mengandung. Piey memang yakin cakap tak. Dia paksa juga buat test air kencing. Naahhhh.. Lepas cek upt memang positif weiii. Neves pulak mak jemah kan. terus terdetik nak buat bacaan dari internet. Terbaca la pasal bunting pelanduk. Tapi yang penting piey kena g cek jugak kat klinik scan untuk kepastian. Takut pulak benda lain nanti kan.
Apa-apa pun piey harap yang terbaik untuk diri piey. Alhamdulillah kalau mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah. Mengembangkan lagi keluarga kecil kami. In Sha Allah. Tunggu free hujung minggu nanti piey g klinik. Doakan Piey ye.

Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.
Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.

Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.
Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.
Hormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.


Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.
Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil
Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:
  1. Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
  2. Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.
SUMBER:
http://www.1malaysianews.com/maksud-bunting-pelanduk-haid-ketika-hamil/



yang ni upt piey check. terang betul ni. hehe. mudah-mudahan ada aminn


Wednesday, June 8, 2016

 Selamat Pengantin Baharu Kak Long dan Abg Long
Semoga berbahagia sentiasa sehingga ke anak cucu.

malam persiapan

tumpang bergambar kat pelamin orang dulu.
hari ini akeem buat cukur jambul.
tapi piey tak simpan pulak gambar dia.
yelah. sibuk nak angkat akeem lagi mana sempat angkat kamera.
hehe.

Baru selesai akad nikah

selfie sekejap dengan biras & sepupu

gambar sekeluarga ^^. di hari pernikahan

hari ke2 iaitu hari persandingan

Alhamdulillah semuanya selesai.
syukur.


Thursday, June 2, 2016

Tahniah sahabat.
geng2 pemulihan.
semoga menjadi isteri & ibu yang solehah terbaikkk. hehe

selesai diijabkabul

berdebar menanti

sempat berjumpa dengan roomate-housemate-bedmate.
miss her so much. huhu
bila nak jumpa lagi pun tak tau.
in sha Allah ada masa nanti
semoga dipanjang umur.
amiin.

Thursday, March 31, 2016

ALHAMDULILLAH..
LAHIR LAH ANAK KESAYANGAN PERTAMA KAMI..

12 MAC 2016
0420PM

ILMAN HAKEEM BIN MOHD. KHAIRUDDIN



SYUKUR YA ALLAH..
BERMULALAH CUTI BERSALIN BERSAMA SI KECIK KAMI

Sunday, June 7, 2015

 Tahniah ain & saipul..
semoga berbahagia hingga anak dan cucu..
ni ja gambar yang ada kat simpanan..
yang lain semua suami yang simpan..




Saturday, March 21, 2015

Assalamualaikum..
selesai sudah majlis bertandang kat lundu..
sekarang family sebelah suami dah ada menantu baru..
hehe..biras baru piey..
Alhamdulillah ^^.

sebelum tu selfie dulu ye..


raja sehari kita..hehe


bergambar dengan adik beradik pulak 

bergambar ngan kembar..
hehe..encik suami dah bam bam..
padahal baru 3 bulan kawin kot..
takpa..makin hensem pulak piey tengok..
hahahah..


bergambar sekali satu family

last sekali kitorang lagi ganti pengantin..

hehe..Alhamdulillah..selesai sudah..

Friday, February 27, 2015

Alhamdulillah dapat cuti seminggu 
untuk cuti tahun baharu cina.
Minggu lepas piey dan suami g majlis akad nikah 
dan persandingan kembar encik suami.



Barakallah..
semoga berbahagia selamanya ^^.


Thursday, December 25, 2014

Alhamdulillah..
selamat diijabkabulkan.
syukur tak terhingga.
anugerah yang terindah dalam hidup ini. ^^.
pelamin simple dari Badrul & the gang

bunga tangan
gaun nikah
selendang
&
veil

semuanya DIY..Alhamdulillah..jimat.. heheh





Ayah sendiri yang menikahkan..untuk satu-satunya anak perempuan. hehe




Wednesday, December 17, 2014

Alhamdulillah..
Terima kasih banyak2 buat kawan2 yang cantek.
sudi jadi bridesmaid di hari bahagia piey ^^.
sanggup lewat balik kampung.
sanggup datang dari jauh.
sudi pakai headband yang piey buat.
hehehe..terharu sangat







Monday, November 24, 2014

Alhamdulillah..
berjaya siap beberapa barang untuk photobooth nanti..

yang plat ni piey order kat double A kat insta..
saja ambik warna biru sebab nikah nanti guna baju cream lace biru..

untuk photoprops pulak piey print sendiri..
softcopy piey download dari group FB..
FB Pengantin DIY..
bagi yang suka buat sendiri boleh la request masuk group ni..
yang penting pat jimat banyak..hehe

hehe..sikit ari je lagi..
tak sabarnyaaa..
semoga dipermudahkan.. ^^.

Sunday, November 23, 2014


Alhamdulillah.. selesai dah buat doorgift..
tapi gambar x jelas ye..

anak buah sampai menguap tu nak tolong acu dia..
gigih sangat..hehe

laju sangat dorang keja sampai begegar gambar.. 

thank you tag tu print je then ikat sekali kat penutup dia guna reben









yang ni buku doa khas untuk tetamu yang datang masa akad nikah..





;;
Related Posts with Thumbnails