Thursday, March 30, 2017
Alhamdulillah.
Fasa ke dua pula.
Mari kita lihat progres seterusnya.
Semoga dipermudahkan semua.
Sekarang pun tengah sarat mengandung anak kedua.
Labels: my diary, perKAHWINan, Projek Rumah
Monday, March 6, 2017
Entri pertama bagi tahun 2017
Alhamdulillah sejak pertengahan januari yang lepas
keluarga kecil kami dah start buat rumah sendiri
hehe..nak beli siap tak mampu
memandangkan harga rumah sekarang ni yang melampau-lampau.
kami buat mini banglo mampu milik dulu.
bajet dalam 100k
kita tengok dulu nanti sampai mana bajet tu. hihi
Alhamdulillah bulan lepas duit KWSP kami laki bini dah masuk
so bolehlah tambah sikit2 kan
ok. tak nak cakap banyak.
jum kita tengok gambar fasa yang pertama dulu
fasa2 pailing. tambak dan tiang
piey xtau sangat bahasa2 pembinaan ni. hihi
insyaAllah tak lama lagi siap tau.
ni kita upload gambar fasa demi fasa dulu
Labels: my diary, perKAHWINan, Projek Rumah
Thursday, October 20, 2016
Bismillahirrahmannirrahim..
Hari ni hari ke 10 piey haid. Sepatutnya semalam dah habis tetapi piey hairan kenapa masih lagi haid. Yang peliknya ini kali pertama piey haid setitik 2 titik je. Berpanjangan selama 9 hari. Ok hari ini bersih lagi macam tak haid.
Sebab rasa tak senang hati piey g tanya kawan piey. Geng-geng ibu. Dia cakap mungkin mengandung. Piey memang yakin cakap tak. Dia paksa juga buat test air kencing. Naahhhh.. Lepas cek upt memang positif weiii. Neves pulak mak jemah kan. terus terdetik nak buat bacaan dari internet. Terbaca la pasal bunting pelanduk. Tapi yang penting piey kena g cek jugak kat klinik scan untuk kepastian. Takut pulak benda lain nanti kan.
Apa-apa pun piey harap yang terbaik untuk diri piey. Alhamdulillah kalau mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah. Mengembangkan lagi keluarga kecil kami. In Sha Allah. Tunggu free hujung minggu nanti piey g klinik. Doakan Piey ye.
Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.
Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.
Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.
Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.
Hormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.
Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.
Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil
Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:
- Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
- Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.
SUMBER:
http://www.1malaysianews.com/maksud-bunting-pelanduk-haid-ketika-hamil/
yang ni upt piey check. terang betul ni. hehe. mudah-mudahan ada aminn
Labels: perKAHWINan, Pregnancy
Saturday, October 8, 2016
Hari Sukan Negara dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2016.
SK Sungai Sebungan pun tidak ketinggalan.
kami buat awal sehari iaitu pada 7 Oktober 2016
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
pendaftaran oleh cikgu zhu dan cikgu datz
taklimat dari cikgu musa
senamrobik
amboi cikgu musa kat tepi tu
sukaneka tahap 1 dan 2
persediaan untuk merentas desa.
hujan lebat pagi tadi jadi buat lewat sikit
murid semua dah habis lari. masa untuk ambil gambar. yayy
Labels: saya cikgu, SK Sg Sebungan
Friday, September 30, 2016
Sambutan Bulan Kemerdekaan telah kami jalankan
bermula awal bulan ogos haritu.
Alhamdulillah telah selesai ditutup pada pertengahan bulan September.
Banyak pertandingan yang telah dijalankan termasuklah
*deklamasi sajak
*berbalas pantun
*pertandingan mewarna
*pertandingan melukis poster
*nyanyian patriotik
*peragaan pakaian beragam
Alhamdulillah semua murid dan ibubapa memberi kerjasama yang terbaik.
tahun depan kita jumpa lagi ya ^^.
Labels: saya cikgu, SK Sg Sebungan
Thursday, September 29, 2016
Alhamdulillah genap dah umur 27 tahun.
1st time sambut sebagai seorang ibu.
tahun lepas sambut sebagai ibu mengandung. hehe
1st time jugak sambut bersama suami di sisi.
sebelum ni berjauhan.
thank you hubby sanggup datang ke sekolah buat suprise.
serious kamek sik sangka kitak datang ngejut kamek..
hihihi.. i love u bebeh.
love u so much
rupa-rupanya hubby bersekongkol dengan kawan sekerja cik amy untuk belikan kek.
heheh. terharu siap bawa budak2 nyanyikan lagu birthday lagi untuk kita.
sambut kat astaka sekolah.
gelap muka encik suami baru lepas berjemur kat padang ada hari keluarga kat sekolah dia.
untunglaa esok diorang cuti. hihih
tapi takpa. dia ajak g miri esok. yay
hadiah special dari en suami.
jumpa lam keta. waaahhh
hadiah dari cik amelia. muahh3
baby ilman hakeem pulak tak sabar nak bukak
yay. boleh la jahit macam2 lepas ni.
kesian mesin jahit lama tak kena pandang sangat dah lepas ni. hihi
Syukur Alhamdulillah.
selamat ulang tahun untuk diri sendiri.
semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan semuanya.
rezeki bertambah-tambah. amiiin
Wednesday, June 8, 2016
BARAKALLAH KAK LONG || CUKUR JAMBUL & AQIQAH BABY ILMAN HAKEEM
0 comments Posted by ppiey at 9:59 PM
Selamat Pengantin Baharu Kak Long dan Abg Long
Semoga berbahagia sentiasa sehingga ke anak cucu.
malam persiapan
tumpang bergambar kat pelamin orang dulu.
hari ini akeem buat cukur jambul.
tapi piey tak simpan pulak gambar dia.
yelah. sibuk nak angkat akeem lagi mana sempat angkat kamera.
hehe.
Baru selesai akad nikah
selfie sekejap dengan biras & sepupu
gambar sekeluarga ^^. di hari pernikahan
hari ke2 iaitu hari persandingan
Alhamdulillah semuanya selesai.
syukur.
Labels: perKAHWINan, wishes
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)