Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 8, 2014

MENJALA di MUSIM UDANG

Assalamualaikum semua..
Bulan januari yang lepas kita masih lagi dalam kesejukan..
macam-macam yang kita dengar kat berita.
Indon dan sabah ada salji lah..macam2 kan.
kat sebauh pun sejuknya boleh tahan.
tak pasang kipas pun sepanjang bulan.
setiap pagi kaki rasa macam pijak ais.
tambahan pula ngan ujan yang tak berhenti bermula hujung bulan 12 aritu..
sampaikan banjir seluruh pekan sebauh.

tapi bila masuk ja 31hb januari.
hari dah mula panas.
walaupun panas berpanjangan, hujan ada la turun sikit.
sekarang musim panas atau kemarau dah pun bermula.
sampaikan minum air 3 liter pun tak cukup2 jugak.

kalau nak tahu,
musim panas macam ni lah musim udang-udang ramai.
sebab air dah mula kering.
jadi senang lah untuk menangkap udang-udang galah ni.
kat sebauh memang port udang.
orang-orang yang dari bandar semua lepak tepi sungai sebauh.
sama ada memancing ataupun menjala.
termasuklah piey, yang tak terlepas dari menJOINkan diri dengan aktiviti ini..hehhehe

jadi, entri hari ni piey nak cerita sikit pasal aktiviti piey menangkap udang pagi tadi.
piey bangun awal2 pagi, siapkan bekalan terus pegi ke pandan.
parking ja keta piey guna bot ke seberang.
ada la kawan piey bawa.
kami berdua ja. sama-sama perempuan..
macam steady pula takda laki dewasa yang teman..
tapi kami tetap gigih. (konon je tu)


alatan menjala dan bekalan makanan

kami pun mulakan perjalanan ke hulu sungai pandan.
semua persiapan sudah disediakan.
masa ni kawan piey yang mengemudi enjin bot.
piey pulak baling umpan-umpan ke tepi sungai.
umpan tu baja kelapa kering yang digaul dengan tanah kuning dan sedikit air.
kepal-kepal dan bulatkan.


ini dia umpan udang yang dah dibulat-bulatkan. 
dalam beg tu bekalan piey

selepas beberapa minit, kami datang balik ke tempat kami baling umpan tadi.
dan aktiviti menjala pun bermula.
kawan piey menjala dan kali ni piey pula mendayung.
tak pasang enjin sebab nak menjala kena pelan-pelan ja.

dan bila dah puas hati ngan hasil tangkapan, piey stat enjin dan kami pun balik.
tak lama, sampai tengahari ja.
tu pun hari dah panas gila.
muka dan tangan habis SUNburn..

taraaa! inilah hasil piey hari ni.
tengok muka pun dah merah tu..

InsyaAllah minggu depan nak gi lagi.
kalau tak da apa-apa urusan lain.
ujung minggu ja dapat. hari lain piey keja.

Alhamdulillah. hasil sungai dan hasil tangkapan sendiri memang sangat puas.
tambahan lagi balik rumah mak terus masakkan. 
memang fresh abis..sadap banget..hehhehehehheheheh..

5 comments:

Unknown said...

boleh jadi menantu ni

Saudagar said...

Terbaik.... jiwa kental..

ppiey said...

hehe. dah jadi menantu dah ^^.

Nik said...
This comment has been removed by the author.
Nik said...

Di mana nak beli umpan baja kelapa kering tu?

Related Posts with Thumbnails