Friday, January 31, 2014

Happy Chinese New Year kepada semua 
keluarga dan rakan-rakan yang menyambutnya..

Semoga hidup lebih berkat dan bahagia pada tahun ini..


Gong Xi Fa Chai
From Mr GooGle and Me.. hehhehehe

Thursday, January 30, 2014


Baru lepas semak status ujian kompetensi ICT.
Ujian ni dibuat tahun lepas bulan 10/11 kalau tak silap..
Dibuat untuk meninjau sejauh mana kompetensi guru-guru dalam ICT.

Tapak semakan baru je keluar. Kat mana nak cek?
OK, jum klik SINI atau klik gambar ye..

Jum rakan2 guru!
kita check beramai-ramai..


Syukur piey LULUS..
yeayyyy...Alhamdulillah.

Wednesday, January 22, 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah program transisi untuk tahun 1 di SK Sg Sebungan telah pun selesai.
Hari ini genaplah 3 minggu program tersebut dan Majlis Penutupan diadakan di Tapak Perhimpunan.
Murid Tahun 1 tahun ini seramai 9 orang.

Jum kita lihat aktiviti penutupan Program Transisi.


Setelah selesai nyanyian Negaraku dan nyanyian Sekolah, Murid-murid Tahun 1 membuat senaman ringan sambil diketuai oleh murid tahun 2.



Anta guru-guru dan ibubapa murid Tahun 1 yang hadir.


Aktiviti sukaneka yang dikelola oleh cikgu Musa.


Persembahan Tahun 1 sambil disaksikan oleh abang2 dan kakak2 mereka.
Persembahan dibimbing oleh cikgu Atikah.


Dan inilah tugas piey hari tu..sebagai AJK PA System..hehe
Majlis Penutupan diakhiri dengan ucapan dari guru besar, penyampaian cenderamata dan jamuan kecil.

Sekian saja program transisi. Semoga anak-anak Tahun 1 menjadi anak yang baik, dengar kata dan rajin belajar. Aamiin..


Wednesday, January 15, 2014


Penempatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Bil 2/ 2014 sudah boleh mula disemak mulai 13 januari 2014. 

Mesti kakak-abang DPLI excited kan. Camtu la perasaan kami masa tu. Setelah setengah tahun menunggu akhirnya kita diberi penempatan.. Alhamdulillah.

Penempatan ini adalah penempatan ke2 bagi DPLI. Penempatan pertama yang melapor diri 2 Januari haritu keputusan keluar 31 Dec 2013 kalau tak silap.

Keputusan penempatan masih boleh disemak sehinggalah 17 Januari 2014 ini. Tarikh lepas tu dah tak boleh semak yer.. 





Baiklah, Semoga berjaya buat kakak dan abang semua. Semoga berjaya dan menjadi guru yang terbaik walau dimana saja anda ditempatkan :)


Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul.
tarikh 12 Rabiulawal merupakan tarikh keramat dalam sejarah umat islam. bagi tahun masihi 2014 ianya jatuh pada 14 januari.

Tema Maulidur Rasul tahun ini ialah
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

di Pekan Sebauh, kami turut bersama-sama meraikan dan memeriahkan sambutan tahun/tarikh kelahiran nabi Muhammad SAW.

aturcara dimulakan dengan perarakan dari balai raya kampung hilir sebauh. seterusnya mengelilingi pekan sebauh sambil berselawat hinggalah sampai ke Masjid Ar-Rahman Sebauh.


sebelum berarak

penduduk kampung tengah bersiap sedia



perarakan dimulakan dengan iringan kompang


piey agak tertinggal di belakang


sempat lagi selfie bersama ibunda tercinta

Selepas sampai ke masjib Ar-Rahman, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi masjid, bacaan doa, zikir dan surah yassin. Sambutan diakhiri dengan jamuan kecil-kecilan..

Sebelum mengakhiri entri, jum kita sama-sama melihat tarikh lahir kita jatuh pada bulan apa di tahun hijrah..
piey punya 29 september 1989 bersamaan 27 Safar 1410.

JUM TUKAR! klik di sini atau klik di gambar ye... :)








Friday, January 10, 2014

Nampaknya selepas ni piey kena sambung belajar. Selain boleh menambah ikhtisas diri boleh meningkatkan taraf hidup juga. maklum lah semua dah naik harga kan :)

sumber dari FB Guru Sarawak 1 Julai 2013

Bagaimanapun, menurut pekeliling itu, bagi guru-guru berkelulusan ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang pendidikan atau ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan, gaji permulaan pada gred DG41 yang ditawarkan ialah RM2,222.94.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140110/dn_09/Guru-sarjana-PhD-gaji-lebih-tinggi#ixzz2qTfbzEGl
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, January 6, 2014


Ini bukan cerita semalam atau cerita hari ini. Ini cerita 31 dec 2013, cerita tahun lepas. Walaupun sebenarnya baru minggu lepas, namun perpindahan cikgu edy ke selangor sudah mula dirasai.

Bagi perpindahan Januari 2014, ada 3 orang guru yang berjaya pindah. Cikgu edy (mohd fadhely), cikgu cecelia dan cikgu caroline.

Sayangnya, cikgu carol dan cikgu cel tak dapat bersama-sama dalam mini farewell ini. Masing-masing sibuk menguruskan perpindahan. Tapi insyaAllah GB akan cari hari lain untuk majlis perpisahan dengan mereka. Memandangkan mereka pindah dekat-dekat kawasan bintulu juga. :)
                              



Majlis perpisahan ini dibuat di Kedai Makan Misiah, Sebauh. Semoga cikgu edy seronok di tempat baharu. Jemput datang g sebauh lagi kalau piey kawen nanti ya... hehheehehe.. *mula dah berangan*

Saturday, January 4, 2014


Musim hujan ini membuatkan ku merasa bosan dan kesunyian. Hanya ditemani bunyi hujan yang berjatuhan ke bumi. Ambooi amboi bahasa.. hehe. Harini hujan tak berhenti-henti pulak. Piey duduk depan laptop ja sambil berLINE ngan cinta hati. Sebab masih merasa sunyi, piey pun belek-belek lah "Photos Of You" kat FB piey. Lalu terpandanglah gambar-gambar sekolah yang kawan piey tag.

Ketawa kecil sekejap melihat gambar-gambar lama yang menggamit seribu kenangan.. hehehehehe.. Hampir terlupa rasanya akan wajah-wajah lucuku semasa di sekolah rendah dan menengah. Prasekolah atau tadika tak da ya, piey dulu terus masuk tahun 1. Kami adik-beradik semua tak masuk pra, takut bosan, awal sangat sekolah. Bak kata mak ayah la. hehe

Last sekali piey selitkan jugak gambar-gambar masa kat maktab. Tajuk pun dah gambar sekolah dulu-dulu kan. Kira dulu jugak la 2012 tu. hehe..jom layaannn..

SJK (C) Chung San Sebauh 2001

SMK Sebauh 2005

SMK Sebauh 2006

Natasha, Williemina, piey, Maylin Teo 2006


Maktab Perguruan Sarawak 2007

Institut Perguruan Sarawak, Miri 2008


Dewan, Muhibah, IPG Kampus Sarawak, Miri 2012

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri, 2012

SK Pandan Sebauh 2013

Dari seorang murid, pelajar, hinggalah menjadi seorang guru. Gambar terakhir ni piey jadi guru kelas Tahun 2 SK Pandan Sebauh. Posting yang pertama akan diingat sampai bila-bila. Walaupun tak sampai 6 bulan dah dipindahkan, sekolah ini tetap akan menjadi kenangan indah. Sekolah sekarang SK Sg Sebungan pula akan jadi sekolah yang disayang sentiasa. :)

Semoga blog ini menjadi diari mayaku yang boleh anak-anak dan cucu-cucuku tatapi kelak.
Semoga apa yang dilakukan sepanjang hidup juga mendapat keberkatan. Amiinnn..

Thursday, January 2, 2014


Selamat Tahun Baru!
kenapa pilih gambar ni?
sebab piey memang sukakan emas.
hehe
tahun lepas, gaji pertama kerja,
piey berjaya beli sebentuk cincin dan seutas gelang emas.
semuanya guna duit sendiri.
seronoknya kan?
baru ada kepuasan..
lebih lanjut, nanti piey buat satu entri khas k.
sebab entri hari ni nak cerita pasal
tahun baru.
jangan lari topik pulak. hehe

Alhamdulillah selesai sudah tahun 2013
seronok rasanya sebab tahun ni banyak list impian2 piey.
semoga terlaksana dan tercapai.. hehe

ok.
yang ni kalendar 2014
sekali ngan kalendar cuti..

hari ni jugak piey dapat banyak berita gembira.
hari ni bonus masuk.
claim perjalanan pun dah masyuk.
paling best surat sah lantikan pun dah dapat.

macamana pun ada jugak berita kurang best.
esok PPD nak datang memantau.
so banyak keja kena settle.

apa pun,
selamat tahun baru ya kawan2..
selamat kembali bertugas juga buat rakan2 guru.

love, piey

;;
Related Posts with Thumbnails