Thursday, October 20, 2016

Bismillahirrahmannirrahim..
Hari ni hari ke 10 piey haid. Sepatutnya semalam dah habis tetapi piey hairan kenapa masih lagi haid. Yang peliknya ini kali pertama piey haid setitik 2 titik je. Berpanjangan selama 9 hari. Ok hari ini bersih lagi macam tak haid.
Sebab rasa tak senang hati piey g tanya kawan piey. Geng-geng ibu. Dia cakap mungkin mengandung. Piey memang yakin cakap tak. Dia paksa juga buat test air kencing. Naahhhh.. Lepas cek upt memang positif weiii. Neves pulak mak jemah kan. terus terdetik nak buat bacaan dari internet. Terbaca la pasal bunting pelanduk. Tapi yang penting piey kena g cek jugak kat klinik scan untuk kepastian. Takut pulak benda lain nanti kan.
Apa-apa pun piey harap yang terbaik untuk diri piey. Alhamdulillah kalau mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah. Mengembangkan lagi keluarga kecil kami. In Sha Allah. Tunggu free hujung minggu nanti piey g klinik. Doakan Piey ye.

Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.
Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.

Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.
Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.
Hormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.


Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.
Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil
Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:
  1. Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
  2. Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.
SUMBER:
http://www.1malaysianews.com/maksud-bunting-pelanduk-haid-ketika-hamil/



yang ni upt piey check. terang betul ni. hehe. mudah-mudahan ada aminn


Saturday, October 8, 2016


Hari Sukan Negara dijalankan serentak seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2016.
SK Sungai Sebungan pun tidak ketinggalan.
kami buat awal sehari iaitu pada 7 Oktober 2016
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

pendaftaran oleh cikgu zhu dan cikgu datz

taklimat dari cikgu musa

senamrobik

amboi cikgu musa kat tepi tu

sukaneka tahap 1 dan 2



persediaan untuk merentas desa.
hujan lebat pagi tadi jadi buat lewat sikit


murid semua dah habis lari. masa untuk ambil gambar. yayy

Friday, September 30, 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah kami jalankan 
bermula awal bulan ogos haritu.
Alhamdulillah telah selesai ditutup pada pertengahan bulan September.

Banyak pertandingan yang telah dijalankan termasuklah
*deklamasi sajak
*berbalas pantun
*pertandingan mewarna
*pertandingan melukis poster
*nyanyian patriotik
*peragaan pakaian beragam






Alhamdulillah semua murid dan ibubapa memberi kerjasama yang terbaik.
tahun depan kita jumpa lagi ya ^^.

Thursday, September 29, 2016

Alhamdulillah genap dah umur 27 tahun.
1st time sambut sebagai seorang ibu.
tahun lepas sambut sebagai ibu mengandung. hehe
1st time jugak sambut bersama suami di sisi.
sebelum ni berjauhan.
thank you hubby sanggup datang ke sekolah buat suprise.
serious kamek sik sangka kitak datang ngejut kamek..
hihihi.. i love u bebeh.
love u so much

rupa-rupanya hubby bersekongkol dengan kawan sekerja cik amy untuk belikan kek.
heheh. terharu siap bawa budak2 nyanyikan lagu birthday lagi untuk kita.

sambut kat astaka sekolah.
gelap muka encik suami baru lepas berjemur kat padang ada hari keluarga kat sekolah dia.
untunglaa esok diorang cuti. hihih
tapi takpa. dia ajak g miri esok. yay



hadiah special dari en suami.
jumpa lam keta. waaahhh

hadiah dari cik amelia. muahh3

baby ilman hakeem pulak tak sabar nak bukak

yay. boleh la jahit macam2 lepas ni. 
kesian mesin jahit lama tak kena pandang sangat dah lepas ni. hihi

Syukur Alhamdulillah. 
selamat ulang tahun untuk diri sendiri.
semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan semuanya.
rezeki bertambah-tambah. amiiin

Wednesday, June 8, 2016

 Selamat Pengantin Baharu Kak Long dan Abg Long
Semoga berbahagia sentiasa sehingga ke anak cucu.

malam persiapan

tumpang bergambar kat pelamin orang dulu.
hari ini akeem buat cukur jambul.
tapi piey tak simpan pulak gambar dia.
yelah. sibuk nak angkat akeem lagi mana sempat angkat kamera.
hehe.

Baru selesai akad nikah

selfie sekejap dengan biras & sepupu

gambar sekeluarga ^^. di hari pernikahan

hari ke2 iaitu hari persandingan

Alhamdulillah semuanya selesai.
syukur.


Thursday, June 2, 2016

Tahniah sahabat.
geng2 pemulihan.
semoga menjadi isteri & ibu yang solehah terbaikkk. hehe

selesai diijabkabul

berdebar menanti

sempat berjumpa dengan roomate-housemate-bedmate.
miss her so much. huhu
bila nak jumpa lagi pun tak tau.
in sha Allah ada masa nanti
semoga dipanjang umur.
amiin.

Saturday, May 28, 2016

Assalamualaikum
Ibu Akeem masih lagi berpantang
hihi
malas nak cerita panjang tau

selitkan sedikit gambar majlis sempena Hari Guru SK Sungai Sebungan 2016
Tema "Kalau Aku Bukan Guru"
IBu Akeem jadi pramugari yang tak macam pramugari. hihihi. boleh laaah kan.



Hadiah Sukaneka


Majlis Perasmian

Nyanyian Lagu Pendidik Bumi Kenyalang

Kek Hari Guru untuk semua murid.
murid tak ramai jadi cukup untuk semua. hehe

Selamat Menyambut Hari Guru Sedunia.
Tanpa guru siapalah kita hari ini.
jangan lupa guru pertama kita sudah semestinya mak & ayah ^^.

;;
Related Posts with Thumbnails