Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 30, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami keluarga Pak Ude..
Semoga Raya ini lebih bermakna..

Tahun ini kami beraya berlima sahaja..
adik beradik dan anak-anak buah lain tak dapat pulang kampung..
semua nak save cuti untuk piey kawen ujung tahun ni..
tapi xpa..nnt kawen blh la bkumpul ramai2 kan..

Tahun ni kami beraya di Kampung Sesang..
Unexpected plan..tiba2 ja abang nija ajak g..
hehe.raya ke 2 hari jadi abg nija..
selamat hari tua encik abang..
cepat2 tambah anak ye..yg gundut2 macam kimi jugak..hehe

sebelum perjalanan ke sesang..
selfie dulu sama si kimi

ni masa nak balik..bsama ayah dan ibu tercinta

keluarga kecik kimi..hehe

cuti dah nak abis..
keja kena siapkan..
mental pun kna siapkan..
nak jumpa balik budak2 kesayangann di sekolah..

selamat hari raya sekali lagi..
raya raya jugak, tp makan kena jaga tau..hehe


Sunday, July 20, 2014

Bismillahirahmanirrahim..
hehe..episod yang ni takda kaitan sangat dengan kelangsungan majlis..
tapi piey saja nak kongsi persiapan dalaman yang piey buat.

hehe..dalaman ye???
kira dalaman jugak la kan kan kan?
piey ada tempah bantal couple untuk dijadikan hiasan kerusi pelamin, 
atas katil pengantin atau mini photo booth..
tapi photo booth ni piey tak pasti lagi nak buat ke tak..
ada kwn request sbnanya..trend la katakan..hehehe

photo booth ni fungsi dia untuk para tetamu yang datang untuk mengambil gambar.
elok jugak ada photo booth ni..
tetamu tak perlu la nak berebut-rebut bergambar kat pelamin pengantin.
kalau terkena family pengantin yang besar kena lama tunggu giliran..
so sementara tu bolehlah brgambar kat photo booth dulu dengan kawan-kawan lain.

eh, panjang pulak cerita pasal photo booth..
baiklah, jum tengok bantal couple yang piey tempah.
piey pilih warna purple dan pink.
sebab nampak cantek je..

ni draf untuk bantal piey..
yang alamat tu kita blurkan yer..

ni hasil dia..
tarikh tu dia lupa pulak letak..
tapi dia cakap nanti dia oter letak tarikh..

persiapan sudah mula dibuat sedikit demi sedikit..
ada banyak lagi senarai semak..
semoga berjaya PIEY!!! :)





Projek Kawen episod ketiga ni piey nak kongsi doorgift untuk majlis pernikahan. 
InsyaAllah masa majlis pernikahan nanti kami sekeluarga akan 
menjemput saudara terdekat dan sahabat handai sahaja.
Jadi, piey fikir nak bagi sedikit hadiah buat tetamu yang datang.

Majlis kecil-kecilan saja jadi jumlah tetamu pun tidak ramai.
Mula-mula nak bagi hadiah buku Yassin.
Tapi disebabkan kebanyakan orang dah ada buku Yassin, 
akhirnya piey cadang nak buat buku doa dan zikir.

Setelah membuat beberapa survey, kebanyakan harga 
untuk buku yassin / buku doa adalah RM2.00 setiap satu.
Tapi Alhamdulillah jumpa satu tempat yang harga ok..
kawan piey suggest buat kat page FB Colorful Somethings
Sebab dia pun oder kat situ untuk majlis bahagia dia.

Jumlah yang piey cadang nak buat dalam 100-200 keping. 
Sekali untuk tetamu yang merenjis pada hari persandingan.
Harga untuk setiap buku adalah RM1.30-RM1.80 bergantung kepada jumlah oder.
piey dapat harga RM1.60 sebab oder tak banyak.

Ok, jum lihat draf yang telah dihantar oleh pembekal & hasilnya!

ini draf. ada ralat kat situ..perkataan kerana ditaip dua kali..
tapi takpa, mereka dah atur balik,,hehe

ini lah hasilnya..tunggu pos ke Sarawak je lagi.. :)

teruja nya!!
tinggal 4 bulan lagi.. :)

Friday, July 18, 2014


Hari ni piey rasa sangat sedih sebab bilik pemulihan terpaksa 
diroboh bagi memberi laluan pembinaan kelas baharu..
Tiang kelas baharu tu dapat nak didirikan sekiranya 
bilik pemulihan masih beroperasi di situ.

jadi nak tak nak piey terpaksa mengemas perabot-perabot 
dan BBM dalam kelas tersebut untuk diangkut ke tempat lain.
rasanya nak angkut ke pusat sumber lebih selamat.

GB bagi dua pilihan, sama ada meneruskan PdP di bilik Ultiliti atau Stor bawah rumah PK1.
Piey masih tak dapat bagi jawapan lagi.
tapi rasanya untuk faktor keselamatan piey akan buat PdP di dalam pusat sumber.

yang kuning tu bilik pemulihan..
kat sebelah tu lah proses pembinaan kelas baharu

semoga setelah selesainya pembinaan, bilik pemulihan dapat dikembalikan atau dibina semula dengan keadaan yang baik/lebih baik..amiiinn..

Saturday, July 12, 2014


Bismillahirahmanirrahim..
projek kawen episod kedua ni piey akan share 
kad2 jemputan kawen yang piey akan pilih..
sekarang ni kad kawen semua unik2 dan cantik.
ada yang buat kad FB, metro, buku latihan, bil letrik dan lain2 lagi..

sebab piey keja cikgu, jadi piey ingat nak buat kad jemputan buku latihan..
tp sygnya dah ada orang kampung piey buat..
hehe..jadi ahernya piey nak cari design lain pulak..

tapi kalau xda yang encik tunang minat & setuju, 
mgkin piey buat yg biasa2 ja, ikut tema warna yang dipilih..
kalau bab2 warna ni, mesti encik tunang nak warna biru..heheh..adui2

ok, jum kita tengok antara design2 yang piey akan pilih.
sumber dari google dan instagram..

tiket air asia
kat sebauh dah da yang buat :)

yang ni design novel

ni pulak utk peminat MU..
kalau encik tunang tgok ni mesti nak buat chelsea pulak.hehe

design instagram utk app..yang ni piey minat

design twitter

design simpack DIGI..comel kan

ni pulak untuk peminat Guess Emoji..hehe
skrg ni tgh trend "apo ke bonda eh ni?

LINEchat!!!

ni tiket flight jugak

passport :)

ni design instagram yg kat web

tiket wayang

tiket bola

\
last sekali design iPhone


ada banyak lagi design yang menarik..
piey pun xtau nak pilih yang mana ni..
insyaAllah bulan 9 nanti baru piey buat pilihan & proceed order..
hehe..semoga berjalan lancar..  :)

Thursday, July 10, 2014

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah sudah lebih sebulan majlis pertunangan piey..

hari ni untuk episod pertama projek kawen piey nak tunjuk hasil2 hantaran piey.
mula-mula plan nak upah orang buat, sebab takut tak sempat..
tapi lepas servay dan tanya2 kat orang akhirnya piey decide nak buat sendiri..
walaupun agak sibuk tapi piey gagahi jua..
hehehe..demi bakal tunang kononnyeee..

lagipun buat sendiri ni lebih jimat dan seronok tau..
adalah kenang-kenangan di kemudian hari..
tambah lagi hasil sendiri memang puas ati..

Ok..semua hantaran ni piey buat sendiri tau..
utk gambar2 masa majlis piey takda upah mana2 photographer..
so semua kamera hp sendiri ja..mintak maap kalau tak jelas..hehe
baiklah, jum tengok gambar2 yang sempat piey n kawan2 snap k..

polisterin dibalut ngan kain pastu gamkan ngan lace..

yang ni bunga piey buat guna kertas crepe..
sekeping 90sen tu blh buat dalam 20 kuntum yang kecik..jimat kan?











siap! Alhamdulillah simple dan murah..hehe..
itu yang penting kan..
insyaAllah nanti door gift pn nak buat sendiri..
zaman sekarang majlis yang meriah tak semestinya dengan bajet yang tinggi..
bergantung dengan cara individu itu..

seronok jugak jadi B2B ni..
berdebar pun ada..
lagi beberapa bulan lagi..neves neves.. :) heheheh 
bagi B2B yang lain jum la buat sendiri..jimat tau..jum jum jum..

Tuesday, July 8, 2014


Salam Ramadhan..
Setiap tahun semua guru dan ahli kakitangan sokongan/AKS biasanya akan memohon eg-tukar.
2 kali setahun bagi guru dan 4 kali setahun bagi AKS..

Alhamdulillah setelah 14 tahun berkhidmat di SK Sg Sebungan, 
Akhirnya Ibu Patricia berjaya berpindah ke sekolah pilihannya iaitu SK Bukit Arif Sibu..
Tahniah kepada Ibu Patricia..
Kami pasti akan merinduimu..hehe.

juadah berbuka yang disediakan oleh ck suhaidi dan kak ros..

penyampaian cenderamata oleh GB ditemani Kak Lucia dan Cikgu Norin.

Tahniah sekali lagi dan semoga berjaya di tempat baru. :)

;;
Related Posts with Thumbnails