Thursday, October 20, 2016

Bunting Pelanduk

Bismillahirrahmannirrahim..
Hari ni hari ke 10 piey haid. Sepatutnya semalam dah habis tetapi piey hairan kenapa masih lagi haid. Yang peliknya ini kali pertama piey haid setitik 2 titik je. Berpanjangan selama 9 hari. Ok hari ini bersih lagi macam tak haid.
Sebab rasa tak senang hati piey g tanya kawan piey. Geng-geng ibu. Dia cakap mungkin mengandung. Piey memang yakin cakap tak. Dia paksa juga buat test air kencing. Naahhhh.. Lepas cek upt memang positif weiii. Neves pulak mak jemah kan. terus terdetik nak buat bacaan dari internet. Terbaca la pasal bunting pelanduk. Tapi yang penting piey kena g cek jugak kat klinik scan untuk kepastian. Takut pulak benda lain nanti kan.
Apa-apa pun piey harap yang terbaik untuk diri piey. Alhamdulillah kalau mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah. Mengembangkan lagi keluarga kecil kami. In Sha Allah. Tunggu free hujung minggu nanti piey g klinik. Doakan Piey ye.

Ok Jum tengok apa itu Bunting Pelanduk
Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.
Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.

Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.
Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.
Hormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.


Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.
Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil
Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:
  1. Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
  2. Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.
SUMBER:
http://www.1malaysianews.com/maksud-bunting-pelanduk-haid-ketika-hamil/



yang ni upt piey check. terang betul ni. hehe. mudah-mudahan ada aminn


0 comments:

Related Posts with Thumbnails