Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru warga Sk Sg Sebungan
Tahun ni kitorang tema "Back To School"

piey guna baju sekolah masa sekola menengah dulu..
nasib baik ada simpan lagi. heheh

jum kita selfie dulu..


heheh..seronok je bila semua sporting



cikgu-cikgu lama pun layan je karenah kitorang

tengah tengok budak buat persembahan..
heheh..macam betul2 budak sekola pulak kan..
GB tak join masa ni..
kebetulan pulak ada taklimat kat PPD
takpa..lain kali kita ajak lagi guna tema ni..
sebelum pencen ya GB..hehe

kek kami..
biasa kitorang bagi budak2 je makan..
sebab budak tak ramai.
besar ni cukup untuk semua murid..

geng2 cikgu otai dan baru

sempat lagi bergambar kat backdrop



antara aktiviti yang kitorang buat..
tarik upih kelapa..
sampai terjatuh sebab Cikgu Martin berat sangat..heheh

ni dah tak nampak sebab cikgu Atam kecik je..

kumpulan piey dapat nombor 2..
tengok tu bsungguh budak2 sokong cikgu2 nya..

syukur Alhamdulillah..
sambutan tahun ni sangat menyeronokkan..


Sunday, March 22, 2015

Setelah berpenat2 kerja kawin..
masa untuk berbulan madu..
heheh..ni semua idea encik suami.

sepatutnya kitorang g sabah cuti ni.
tiket pun dah beli..
tapi tak sangka pulak ada majlis masa ni..

hehe..tapi encik suami sentiasa ada ja backup plan..
semuanya encik suami yang plan..
g tempat sendiri memandang cuti dah nak abis kan..

kitorang bercuti kat santubong kuching

nampak tak burung kenyalang atas tu..hehe

ni entrance village resort..
bukan main susah lagi nak masuk..
kena scan kad dulu..

semua design kayu-kayuan kat resort ni



lepas siap check in kitorang g jalan2 kat pantai damai..



dah penat dating tengok sunset semua kitorang balik bilik & siap2 nak g dinner.



lepas siap2 mandi kitorang g makan kat Top Spot.
memang tempat feveret suami..
selalu ajak piey g makan kat situ..makanan laut murah & masakan sedap2..hehe

lepas makan tu kitorang balik terus..hehe..



suasana waktu malam

sebelum tido kitorang lepak2 dulu kat sini..hehe

bekfes dulu sebelum checkout

suasana pagi






lepas checkout kitorang terus balik rumah..
hehe..honeymoon 1 malam je..
pun boleh kan..
yang penting ada suami kat sisi..
bukan salu leh jumpa..
hehehe..

ok..plan kali ni masih SABAH jugak..
hehehe..
tapi bawak kereta ja kot..
sebab naik flight kna cancel pulak kalau ada plan lain..hehe

tunggu next honeymoon plak yerrr

Saturday, March 21, 2015

Assalamualaikum..
selesai sudah majlis bertandang kat lundu..
sekarang family sebelah suami dah ada menantu baru..
hehe..biras baru piey..
Alhamdulillah ^^.

sebelum tu selfie dulu ye..


raja sehari kita..hehe


bergambar dengan adik beradik pulak 

bergambar ngan kembar..
hehe..encik suami dah bam bam..
padahal baru 3 bulan kawin kot..
takpa..makin hensem pulak piey tengok..
hahahah..


bergambar sekali satu family

last sekali kitorang lagi ganti pengantin..

hehe..Alhamdulillah..selesai sudah..

Friday, February 27, 2015

Alhamdulillah dapat cuti seminggu 
untuk cuti tahun baharu cina.
Minggu lepas piey dan suami g majlis akad nikah 
dan persandingan kembar encik suami.



Barakallah..
semoga berbahagia selamanya ^^.


Friday, January 30, 2015

Yeay!!!
Akhirnya dah dapat pengesahan jawatan..
Alhamdulillah..
walaupun sedikit lewat dari rakan2 yang lain 
tapi sekurang-skurangnya dah selesai..
so tak perlu risau lagi sekarang..
cuma perlu tunggu surat pengesahan sampai je lagi..

tahun depan bila dah genap 3 tahun
kena tunggu surat taraf berpencen pulak..
pastu baru la boleh buat pilihan 
sama ada nak ambik pencen
atau kwsp..
tapi kitorang wajib ambik pencen..
hehehe..baik boss!

sapa2 yang nak semak status pengesahan lantikan
dan pengesahan jawatan bolehlah
klik link kat bawah ni ye

http://anggerik.spp.gov.my:7777/spdmonline/spdm_online/semakan_urusan.jsp



Tuesday, December 30, 2014

Lepas g langkawi kitorang terus ke BALI
bulan madu seterusnya..

hehehe..Alhamdulillah
walaupun flight delay tetap sampai bali sebelum gelap.

DAY 1

nak g boarding hall kena naik train KLIA


datang2 lepas check in terus ambik gambar dulu.
nak tunjuk kat family nanti.
yang ni balkoni kat resort kitorang.
Bakung Beach Resort
dekat ngan pantai KUTA


kat resort yang ala2 taman

encik suami tercinta


ni bilik kitorang.
luas kan. murah je ni.
rm110 camtu klo tak silap sekali ngan breakfast.
tapi kitorang tak makan cni.
sebab supir kitorang suggest mkn luar je.



malam tu kitorang jalan kat area2 resort.
kat cni banyak hiasan dan ukiran yang macam patung2.
menyeramkan je tengok


jalan kat mall kejap.
dekat2 ngan resort


masa ni ada kereta kuda tengah lalu.
hehe..cepat2 bgambar tapi tak smpat juga nak kjar. hehe


DAY 2

kitorang dah siap2 tunggu supir


sempat2 ambil gambar kat resort dulu


sebelum tu supir g isi minyak dulu 
pastu g tengok barong dance


ramai betol audience masa ni.
dalam banyak2 ni boleh pulak encik suami jumpa kawan dia.
hehe..mana2 ada ja kawan dia. siap kat bali lagi


barong dance ni dia cerita pasal dewa2 dorang
tak paham apa dorang cakap.
bahasa sanskrit.
nasib baik ada bg sinopsis


sampai kat bawah dorang duduk.
siap bentang tikar lagi




encik suami bergambar dengan pemain muzik.
hehe..yang sorang tu mcm pelik je tengok..


yang ni belakon watak syaitan/jin klo tak silap


ni pula singa 

lepas siap kitorang g tempat pembuatan barang kemas

semuanya handmade


ni dia tunjuk bahan2 yang digunakan

pastu kitorang g kat galeri lukisan..
semua nya lukis sendiri oleh orang tempatan.
kat Bali ni memang terkenal dengan kesenian


sempat juga beli lukisan tu untuk rumah kitorang.
rumah yang xtau bila la baru ada..hehehe

pastu kitorang g kat cni. 
kat padi bukit


Sawah Padi Tegalang
cantik betul tempat ni. serius cantik.
kamera ngan model je xbapa nak cantik. hehehe


konon2 romantik gitu



tengahari pulak kitorang g kat kintamani.
g makan tengahari. tempat nya sejuk sangat.
yang penting cni halal dan ada tempat solat.
walaupun menggigil ambil wuduk.
rasa guna air ais je. hehehe

makanan buffet. sedap sangat.
tapi harga boleh tahan.
rugi untuk piey yang tak kuat makan.hee


minum air panas memang terbaik masa ni..heheh.layan


baru lepas hujan. x nampak sangat gunung kintamani




yang ni nampak sikit ja.


lepas habis makan kitorang g kat tempat pemprosesan kopi luwak.
biji kopi luwak ni diambil dari buangan binatang bernama luwak.
kira kita makan bekas poops dia lah.
eeee..hahaha. dia bersihkan dulu laaaa
tp sies sedap air kopi dia


yang welcome drink ni free je..



ni dia semua kopi tadi..sedap tp sayang tak abis 
sebab piey tak minum kopi sangat




pastu kitorang g plak kat Tanah Lot


pelik je orang sebelah tu tengok. hehe






suami ajak g situ. tp piey tak berani. macam licin je


so kitorang bgambar je lah. hehe




sempat pulak orang puteh ni kacau selfie kitorang


supir bagi kitorang lepak sini sambil tunggu matahari terbenam.
ok..yang ni memang hobi kami laki bini.
kat Miri dulu hampir tiap petang tengok sunset.
sekarang bukan sunset je. sunrise pun dah leh tgok sama2. heheh






DAY 3

hari terakhir tu kitorang g kat pantai.
cantik sangat pantai ni.
lagi2 lepak baring kat cni.
xleh mandi kta tengok je lah kan.heheh




biru je pantai dia.

pastu kitorang g kat kuil yang banyak monyet tu.
cantek betol tempat ni
 \
air dia biru je.
tempat ni ala2 macam tembok cina.
ada tembok yang panjang spanjang lereng tu





pastu kitorang g kat tanjung benoa.
buat seasport.
tapi gambar takda la pulak.
kitorang naik flying fish
naik jetski
ngn diving.
yang diving ni memang gila laaaa...
rasanya first & last kot.
kalo suami ajak biar dia selam sorang2 je lah..hahahaah


last sekali malam tu supir bawa kitorang g makan kat jimbaran.
the best moment ever..

supir dah siap book meja untuk kitorang betul2 kat depan pantai.
memang romantik. makan sambil tengok sunset


yang kat tepi pantai tu orang jual jagung bakar











makanan seafood..memang kegermaran kami..
hehehe..
sambil makan ada pulak busker g meja ke meja 
nyanyi untuk ktorang.
romantik gila..
suami pulak tiba2 pegang tangan. memang terharu.
cuti & honeymoon terbaik kitorang ^^.

maka
berakhir sudah percutian kami di BALI..
next..SABAH..hehe



;;
Related Posts with Thumbnails