Wednesday, January 22, 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah program transisi untuk tahun 1 di SK Sg Sebungan telah pun selesai.
Hari ini genaplah 3 minggu program tersebut dan Majlis Penutupan diadakan di Tapak Perhimpunan.
Murid Tahun 1 tahun ini seramai 9 orang.

Jum kita lihat aktiviti penutupan Program Transisi.


Setelah selesai nyanyian Negaraku dan nyanyian Sekolah, Murid-murid Tahun 1 membuat senaman ringan sambil diketuai oleh murid tahun 2.



Anta guru-guru dan ibubapa murid Tahun 1 yang hadir.


Aktiviti sukaneka yang dikelola oleh cikgu Musa.


Persembahan Tahun 1 sambil disaksikan oleh abang2 dan kakak2 mereka.
Persembahan dibimbing oleh cikgu Atikah.


Dan inilah tugas piey hari tu..sebagai AJK PA System..hehe
Majlis Penutupan diakhiri dengan ucapan dari guru besar, penyampaian cenderamata dan jamuan kecil.

Sekian saja program transisi. Semoga anak-anak Tahun 1 menjadi anak yang baik, dengar kata dan rajin belajar. Aamiin..


0 comments:

Related Posts with Thumbnails