Musim hujan ini membuatkan ku merasa bosan dan kesunyian. Hanya ditemani bunyi hujan yang berjatuhan ke bumi. Ambooi amboi bahasa.. hehe. Harini hujan tak berhenti-henti pulak. Piey duduk depan laptop ja sambil berLINE ngan cinta hati. Sebab masih merasa sunyi, piey pun belek-belek lah "Photos Of You" kat FB piey. Lalu terpandanglah gambar-gambar sekolah yang kawan piey tag.
Ketawa kecil sekejap melihat gambar-gambar lama yang menggamit seribu kenangan.. hehehehehe.. Hampir terlupa rasanya akan wajah-wajah lucuku semasa di sekolah rendah dan menengah. Prasekolah atau tadika tak da ya, piey dulu terus masuk tahun 1. Kami adik-beradik semua tak masuk pra, takut bosan, awal sangat sekolah. Bak kata mak ayah la. hehe
Last sekali piey selitkan jugak gambar-gambar masa kat maktab. Tajuk pun dah gambar sekolah dulu-dulu kan. Kira dulu jugak la 2012 tu. hehe..jom layaannn..
SJK (C) Chung San Sebauh 2001
SMK Sebauh 2005
SMK Sebauh 2006
Natasha, Williemina, piey, Maylin Teo 2006
Maktab Perguruan Sarawak 2007
Institut Perguruan Sarawak, Miri 2008
Dewan, Muhibah, IPG Kampus Sarawak, Miri 2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri, 2012
SK Pandan Sebauh 2013
Dari seorang murid, pelajar, hinggalah menjadi seorang guru. Gambar terakhir ni piey jadi guru kelas Tahun 2 SK Pandan Sebauh. Posting yang pertama akan diingat sampai bila-bila. Walaupun tak sampai 6 bulan dah dipindahkan, sekolah ini tetap akan menjadi kenangan indah. Sekolah sekarang SK Sg Sebungan pula akan jadi sekolah yang disayang sentiasa. :)
Semoga blog ini menjadi diari mayaku yang boleh anak-anak dan cucu-cucuku tatapi kelak.
Semoga apa yang dilakukan sepanjang hidup juga mendapat keberkatan. Amiinnn..
0 comments:
Post a Comment