Monday, January 6, 2014

Selamat Tinggal Cikgu Edy


Ini bukan cerita semalam atau cerita hari ini. Ini cerita 31 dec 2013, cerita tahun lepas. Walaupun sebenarnya baru minggu lepas, namun perpindahan cikgu edy ke selangor sudah mula dirasai.

Bagi perpindahan Januari 2014, ada 3 orang guru yang berjaya pindah. Cikgu edy (mohd fadhely), cikgu cecelia dan cikgu caroline.

Sayangnya, cikgu carol dan cikgu cel tak dapat bersama-sama dalam mini farewell ini. Masing-masing sibuk menguruskan perpindahan. Tapi insyaAllah GB akan cari hari lain untuk majlis perpisahan dengan mereka. Memandangkan mereka pindah dekat-dekat kawasan bintulu juga. :)
                              



Majlis perpisahan ini dibuat di Kedai Makan Misiah, Sebauh. Semoga cikgu edy seronok di tempat baharu. Jemput datang g sebauh lagi kalau piey kawen nanti ya... hehheehehe.. *mula dah berangan*

0 comments:

Related Posts with Thumbnails