Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 20, 2014


Projek Kawen episod ketiga ni piey nak kongsi doorgift untuk majlis pernikahan. 
InsyaAllah masa majlis pernikahan nanti kami sekeluarga akan 
menjemput saudara terdekat dan sahabat handai sahaja.
Jadi, piey fikir nak bagi sedikit hadiah buat tetamu yang datang.

Majlis kecil-kecilan saja jadi jumlah tetamu pun tidak ramai.
Mula-mula nak bagi hadiah buku Yassin.
Tapi disebabkan kebanyakan orang dah ada buku Yassin, 
akhirnya piey cadang nak buat buku doa dan zikir.

Setelah membuat beberapa survey, kebanyakan harga 
untuk buku yassin / buku doa adalah RM2.00 setiap satu.
Tapi Alhamdulillah jumpa satu tempat yang harga ok..
kawan piey suggest buat kat page FB Colorful Somethings
Sebab dia pun oder kat situ untuk majlis bahagia dia.

Jumlah yang piey cadang nak buat dalam 100-200 keping. 
Sekali untuk tetamu yang merenjis pada hari persandingan.
Harga untuk setiap buku adalah RM1.30-RM1.80 bergantung kepada jumlah oder.
piey dapat harga RM1.60 sebab oder tak banyak.

Ok, jum lihat draf yang telah dihantar oleh pembekal & hasilnya!

ini draf. ada ralat kat situ..perkataan kerana ditaip dua kali..
tapi takpa, mereka dah atur balik,,hehe

ini lah hasilnya..tunggu pos ke Sarawak je lagi.. :)

teruja nya!!
tinggal 4 bulan lagi.. :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails